Misi PAO PAO
Semua 40 misi aktif dalam PAO PAO (19 Utama, 21 Sampingan) dengan 165 langkah misi, prasyarat serta ganjaran item, resipi atau Syiling.
Memaparkan 40 daripada 40 misi
Bintang Mula Bersinar Our establishment is the heart of the town. I must show that it’s beating again! The best way to do this is to get a star from the Guild of Restaurateurs. To do that, I need to fulfill a series of requirements, all of which are written in my journal with a cup-shaped bookmark. Let’s get to work! | Utama | 2 langkah | — |
Ketibaan Yeay! Tidak lama lagi aku akan mula bekerja dengan cef legenda Min. Tapi bandar ini... Bandar ini langsung tidak sama seperti dalam gambar... Tidak ramai penduduk kelihatan di jalan... Ada rumah yang terbiar... Apa agaknya yang berlaku di sini? | Utama | 2 langkah | — |
Rumah Baharu, Kerja Baharu, Hidup Baharu Aku dibenarkan bermalam di salah sebuah rumah kakitangan, tempat pekerja restoran tinggal dahulu. Rumah itu terletak di sebelah timur bandar. | Utama | 8 langkah | — |
Mel Paling Pantas di Bandar Nancy wanted to talk to me about something. | Utama | 2 langkah | |
Bukan Mel Paling Pantas di Bandar I delivered the letter to Croc. And he gave me a fishing rod for it. Turns out, working part-time as a mail carrier is a profitable business! | Utama | 4 langkah | — |
Rumah yang Pao Bina Sedric nasihatkan aku supaya besarkan restoran... Elok aku jumpa pasukan Beaver dan tanya apa yang diperlukan. | Utama | 4 langkah | — |
Buku, Wang dan Dua Kuntum Bunga Sedric dapat tahu sesuatu tentang kehilangan Min. Aku perlu pergi jumpa dia. | Utama | 6 langkah | — |
Enam Sekawan Min Aku dapat surat daripada Gray, si ahli farmasi. Dia pernah bekerja dengan Min, dan sekarang dia mahu bantu aku menyiasat. | Utama | 5 langkah | — |
Raja Buku: Kembalinya Sang Beaver Untuk pulihkan perpustakaan, pasukan baik pulih Beaver perlu dikumpulkan semula. Masalahnya, salah seorang daripada mereka kaki makan. Restoran ini perlu dapat lebih banyak ulasan bagus, barulah dia mahu pulang ke bandar! | Utama | 4 langkah | — |
Lepaskan Kraken Haze yakin ada Kraken yang bersarang di sekitar rumahnya. Bunyinya sangat mencurigakan. Aku minta dia kirim khabar kalau Kraken itu muncul lagi. | Utama | 6 langkah | — |
Mafia Tak Pernah Mati, Cuma Lapar Brock yakin kehilangan Min ada kaitan dengan kedai makanan segera di sini. Dia minta aku menyamar dan jalankan operasi beli sampel di medan selera. Aku perlu fokus pada langkah pertama dulu, iaitu penyamaran. | Utama | 3 langkah | — |
Menjejaki Min Menurut nota Min, dia tandakan laluannya dengan cat yang hanya kelihatan di bawah cahaya lampu suluh UV. Milo ada lampu suluh seperti itu. Aku perlu pinjam daripada dia. | Utama | 4 langkah | — |
Segmen Tajaan Toby perlukan publisiti. Dia akan serahkan kepingan kunci kodnya kalau aku bekerja satu syif sambil memakai kostum baharunya. | Utama | 2 langkah | — |
Urusan Gelap Aku menemui peti yang entah kenapa ditinggalkan Min di dalam hutan. Terlalu berat untuk dibawa pulang. Lagipun ia berkunci kombinasi — tak boleh dibuka begitu sahaja... Apa nak buat?.. Rasanya aku nampak burung merpati pos di tingkap. Mungkinkah ia membawa surat yang boleh memberi jawapannya? | Utama | 7 langkah | — |
Musuh Lama Milo memang kaki makan. Dia setuju serahkan kepingan kuncinya kalau aku boleh buktikan yang aku mampu masak Nasi Goreng dengan sempurna. Resipi hidangan ini dihantar bersama bintang ke-5 daripada Persatuan Pengusaha Restoran. | Utama | 2 langkah | — |
Pemain Satu, Sedia! Zippy jumpa gambar lama sebuah laman, tempat kejohanan e-sukan klasik dulu diadakan. Dia minta aku jejaki lokasi itu dan tanya penduduk di sana. Mungkin ada alat ganti pad tarian yang masih tertinggal? | Utama | 5 langkah | — |
Ada Udang di Sebalik Batu Panduan Memancing untuk Pemula. Penulis: Croc. Yang penting, jangan kalut. Lontar pancing, kemudian berdiri kukuh macam kapal berlabuh. Bila ikan menyambar umpan, tarik dengan mantap dan jangan gelabah. Kalau ikan menarik ke sisi, luruskan semula. Kalau tali hampir putus, lepaskan sekejap, biar tegangnya reda dulu. Laut bermurah hati kepada orang yang sabar, dan yang lain cuma disuap cerita dongeng. | Sampingan | 7 langkah | — |
Legenda Bangkit Semula Aku dapat satu bintang daripada Persatuan Pengusaha Restoran. Aku perlu kongsi berita ini dengan Nancy. | Sampingan | 3 langkah | — |
Hari Kerja Si Sloth Nancy mahu aku gantikan tempatnya. Jangan-jangan aku kena hantar surat lagi? Elok aku pergi jumpa dia dan tanya butirannya. | Sampingan | 3 langkah | — |
Berakar Umbi Panduan Berkebun. Ditulis oleh Haze. Untuk mula berkebun, pergi ke rumah sendiri dan letak batas. Kemudian, gali batas dengan penyodok, tanam benih dan siram dengan penyiram. Selebihnya, cuma tunggu masa. | Sampingan | 3 langkah | — |
Diplomasi Keju Nancy hantar surat yang membimbangkan kepada aku. Aku tak tahu apa yang berlaku, tapi bunyinya serius — aku kena berbual dengan dia. | Sampingan | 9 langkah | — |
Beaver, Beaver dan Seekor Beaver Lagi Sebelum hilang, Min pergi ke rumah api. Menurut legenda, Kraken tinggal di sana. Aku perlu tinjau kawasan itu. | Utama | 5 langkah | — |
Pertarungan Terakhir Sedric sudah pecahkan kod nota itu. Nampaknya Min dapati kedai makanan segera itu banyak melanggar peraturan, dan dia mahu cabar Gray dalam pertarungan masakan. | Utama | 4 langkah | — |
Ekspedisi Rumah Api Sudah tiba masanya aku siasat rumah api, kalahkan Kraken dan bongkar apa sebenarnya yang berlaku kepada Min! | Utama | 4 langkah | — |
| Sampingan | 2 langkah | — | |
Pengkritik Aku dapat satu bintang daripada Persatuan Pengusaha Restoran. Aku perlu kongsi berita ini dengan Nancy. | Sampingan | 7 langkah | — |
20,000 Ikan di Bawah Laut Croc sedang menulis buku dan mahu masukkan panduan memancing di kawasan ini. Dia minta aku semak habitat ikan. Aku perlu periksa papan tanda khas di setiap kawasan perairan. Sambil itu, boleh juga aku memancing! | Sampingan | 2 langkah | — |
Ensiklopedia Agung Memancing Croc sedang menulis Ensiklopedia Agung Memancing. Dia minta aku tangkap beberapa jenis ikan yang jarang ditemui dan beritahu dia di mana dan bila aku tangkap ikan-ikan itu. | Sampingan | 0 langkah | — |
Tangkapan Haram Croc syak ada pemburu haram yang beroperasi di pulau ini. Nampaknya mereka jual hasil tangkapan melalui seorang peniaga di pasar. Aku perlu pujuk peniaga itu supaya berhenti ambil ikan daripada nelayan yang tidak jujur itu. | Sampingan | 3 langkah | — |
Brock Mengamuk: Jalan Amarah Brock minta tolong carikan jaket kelab motosikalnya. Lebih baik aku tanya dia butirannya. | Sampingan | 4 langkah | — |
Pelan Bernilai Sejuta Milo masih belum terima surat daripada atuknya. Aku perlu tanya Nancy, ke mana perginya surat itu... | Sampingan | 3 langkah | — |
Koleksi Barang Tak Berguna Rusty mulakan perniagaan baharu. Dia jemput aku ke tempatnya dan janji akan ceritakan butirannya... | Sampingan | 3 langkah | — |
Segenggam Kulit Kerang Rusty berniaga kutip dan kitar semula sampah. Dia tawarkan promosi untuk setiap pelanggan baharu: serahkan sampah bernilai 100 kulit kerang, dapat bonus 200 syiling... | Sampingan | 1 langkah | — |
Resipi Janji Temu yang Sempurna Kata Rusty, dia sudah nekad untuk buat “sesuatu” yang penting. Nampaknya “sesuatu” itu ada kaitan dengan Haze! | Sampingan | 8 langkah | — |
Harta Karun Persaudaraan Pustakawan Rakan-rakan sejawat Sedric akan tiba tidak lama lagi. Mereka tentu sibuk berbincang tentang katalog sampai tidak sempat makan tengah hari elok-elok. Aku perlu bantu supaya mereka tidak kelaparan. | Sampingan | 2 langkah | — |
Koleksi Gosip Baharu Toby minta aku korek cerita tentang kehidupan beberapa orang penduduk bandar. Aku tidak pasti perkara ini beretika atau tidak. Buat apa dia mahu tahu semua ini? | Sampingan | 8 langkah | — |
Memburu Si Pemecah Rekod Zippy mahu tahu siapa di sebalik nama samaran SuperFAST67. Aku perlu fikir dari mana hendak mula mencari. | Sampingan | 4 langkah | — |
Koleksi Tumbuhan Haze ada masalah di ladangnya. Dia minta aku tanam beberapa tumbuhan sebagai sampel dan serahkan kepadanya. | Sampingan | 3 langkah | — |
Di Bawah Teduhan Pokok Haze cadangkan aku sertai pertandingan pokok buah-buahan. Untuk itu, aku perlu tanam sebatang pokok buah di plot aku sendiri. | Sampingan | 4 langkah | — |
Doktor Haze Haze mahu buat baja yang sempurna untuk ladangnya, dan dia minta aku tolong sediakan bahan-bahannya. Aku perlu pergi jumpa dia dan ambil senarai lengkap. | Sampingan | 7 langkah | — |
Tiada misi yang sepadan ditemui.
Kosongkan carian atau set semula penapis jenis misi dan ganjaran untuk melihat semua misi.