Taip nama untuk cari dalam pangkalan data.
6 Set Koleksi46 Item Koleksi

Koleksi & Nota PAO PAO

Setiap anak itik, figura origami, patung, pingat kepakaran kemahiran, nota petunjuk resipi dan bab kronik pulau yang boleh diperoleh, dipautkan terus ke entri itemnya.

Memaparkan 46 daripada 46 item koleksi

Anak Itik

Anak Itik

6 item

Satu “Kuek” kecil bagi seekor anak itik, tetapi satu “KUEK” gergasi bagi kaum itik!

Anak itik yang menyemburkan api? Lebih baik jangan buat ia naik angin.

Origami

Origami

15 item

Selepas tidur yang lena, memang perlu menggeliat sedikit.

Berbahaya dan gah. Nasib baik ia diperbuat daripada kertas.

Berenang dengan cekap di perairan yang belum diterokai.

Licik dan tangkas. Anda perlu sentiasa berwaspada dengannya!

Angsa memang pengacau tanpa nama dalam dunia haiwan!

Semua epal di kebun boleh dilarikannya dalam masa beberapa minit sahaja!

Bunga yang luar biasa indahnya, terapung dengan tenang di permukaan air.

Terlalu banyak yang difikirkan oleh ayam, sebab itulah ia berkotek dari pagi hingga malam.

Agaknya, berapa banyak udang yang perlu dimakan sampai kulit bertukar merah jambu?

Lambang kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan hiasan sempurna untuk mana-mana tasik.

Patung

Patung

6 item

Dengan kapal seperti ini, tiada ribut yang menakutkan.

Seakan-akan ia akan berenang pergi sebaik sahaja anda mengalihkan pandangan.

Pingat Kepakaran

Pingat Kepakaran

4 item

Anda kini pakar dalam urusan batas dan tanaman. Tiada masalah pertanian yang mampu mengalahkan anda!

Pagi-pagi lagi anda sudah berada di atas bot dengan umpan bertimbun, dan pada waktu senja pula di jeti dengan joran di tangan. Nelayan sejati!

Tiada apa yang terlepas daripada pandangan anda. Setiap cendawan kecil, ranting dan batu kerikil pasti jatuh ke dalam genggaman anda!

Restoran sudah sebati dengan jiwa anda. Layanan cemerlang dan hidangan yang lazat sudah menjadi perkara biasa bagi anda!

Nota

Nota

5 item

... aku pernah diberitahu tentang satu hidangan sedap yang memerlukan mi, ikan kap dan kentang. Sayangnya, aku tidak ingat apa yang perlu dibuat dengan bahan-bahan itu...

... hidangan ini memberi tenaga untuk sepanjang hari, dan bahannya cuma ikan pike dan kentang. Tidak perlu bahan lain!

... kalau ada orang bertanya apa hidangan kegemaran aku, aku boleh jawab tanpa ragu-ragu: ikan tuna, tomato, cendawan dan tepung. Tiada makanan yang lebih sedap daripada itu!

... tomato, cendawan dan jagung. Tiada gabungan yang lebih baik daripada ini!

... gabungan ikan siakap dan halia dalam santan memang ajaib! Hidangan ini begitu mudah sehingga...

Bab Kronik Bandar

Bab Kronik Bandar

10 item

Zaman Legenda Apa yang berlaku di pulau ini sebelum kedatangan peneroka pertama hanya diketahui melalui legenda. Alkisah, di pesisir pantai tinggal roh-roh pokok. Mereka makan buah-buahan dan menggubah lagu daripada deruan angin, gemercik air anak sungai dan desiran dedaunan. Mereka juga mencipta pelbagai benda yang menakjubkan sambil menikmati seni ciptaan sendiri. Kraken pula berdiam di dasar teluk. Dia mengumpul harta karun dan percaya bahawa setiap benda ada harganya. Pada suatu hari, Kraken memutuskan untuk meletakkan harga pada ciptaan roh-roh itu... Keputusan itulah yang mengubah pulau ini buat selama-lamanya...

Ribut Besar Legenda paling terkenal di pulau ini ialah Lagu Ribut Besar. Kraken menginginkan sebuah kawah ajaib yang dicipta oleh roh-roh itu. Dia menawarkan harga yang adil. Namun, roh-roh itu enggan menjual ciptaan mereka. Lagipun, kawah itu bukan untuk ditukar dengan emas, dan ia milik semua. Berang kerana tawarannya ditolak, Kraken mencetuskan perang. Selama seratus tahun, laut bergelora, menghempas batu-batan, menenggelamkan hutan, lalu surut semula. Akhirnya, dalam keadaan letih akibat pertempuran, roh-roh itu berundur jauh ke dalam rimba, manakala Kraken yang kepenatan bersembunyi di dasar lautan... Beberapa tahun kemudian, peneroka pertama tiba di pulau ini.

Penduduk Pertama Ramai penyelidik cenderung menganggap Ribut Besar sebagai anomali cuaca yang benar-benar berlaku. Namun, para peneroka yang tiba di pulau ini yakin bahawa batu-batan yang retak dan pokok-pokok yang tumbang itu ialah kesan pertempuran antara kuasa-kuasa luar biasa. Sebagai tanda bahawa peperangan tidak akan berulang lagi, penduduk pertama pulau ini membenamkan pedangnya ke dalam batu. Khabarnya, dia berbuat demikian kerana dicabar untuk menguji ketajaman mata pedangnya. Walau apa pun sebabnya, konflik bersenjata tidak pernah berlaku di pulau ini. Ribut sedahsyat itu juga tidak pernah melanda lagi. Tidak lama kemudian, rumah-rumah pertama dibina di teluk yang tenang itu. Bandar berkembang pesat, dan bersamanya muncul jalan raya, ladang dan bengkel. Legenda lama hampir dilupakan, sehinggalah satu ekspedisi yang dihantar ke pedalaman pulau menemui sebuah kawah yang aneh di sana...

Keajaiban Pulau Penduduk pertama menemui banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan di pulau ini. Penemuan paling misteri ialah kawah itu. Jika bahan yang betul dimasukkan ke dalamnya, kawah itu boleh memberitahu cara memasaknya. Cuma, tiada sesiapa yang tahu bahan apa sebenarnya yang perlu dimasukkan. Kini, beberapa kajian saintifik telah dijalankan khusus tentang kawah itu, tetapi cara ia berfungsi masih belum dapat dipastikan. Kemunculan peti di bandar juga sama misterinya. Pada zaman peneroka pertama, peti-peti itu dipercayai hadiah daripada roh hutan. Namun, kemunculan barang-barang aneh di teluk dapat dijelaskan: arus bawah laut menghanyutkan barang yang terjatuh ke laut hingga ke pantai.

Bandar di Tepi Teluk Lama-kelamaan, bandar ini menjadi pelabuhan yang penting. Nelayan keluar ke teluk menangkap ikan, petani membekalkan hasil tanaman ke pasar dan pedagang membawa barang dari jauh. Sebuah rumah api dibina di pantai, dan selama bertahun-tahun ia membantu kapal-kapal mengelak batu karang yang berbahaya. Pada suatu malam, cahayanya padam. Sejak itu, rumah api itu terbiar, dan menurut penduduk tempatan, ada sesuatu yang jahat dan bersesungut telah bersarang di dalamnya.

Zaman Kegemilangan Bandar ini benar-benar mencapai puncaknya apabila Min tiba. Restorannya cepat terkenal di seluruh pulau. Festival masakannya pula menarik pelancong dari seluruh dunia. Seiring dengan kedatangan mereka, muncul kedai, bengkel dan rumah baharu. Bandar ini semakin makmur dan berkembang. Masa depan yang cerah seolah-olah sedang menanti. Namun, pada suatu hari, Min hilang.

Kehilangan Tiada sesiapa yang tahu ke mana Min pergi. Ada yang berkata dia pergi mencari resipi baharu. Ada pula yang mendakwa dia telah menemui rahsia pulau ini dan bertekad untuk membongkarnya. Malah, ada yang mengaku pernah melihatnya bertarung dengan Kraken dalam legenda itu. Namun, semua itu tidak dapat dibuktikan. Restoran ditutup, tetamu tidak lagi datang, dan bandar ini beransur-ansur menjadi lengang.

Kebangkitan Makanan Segera Selepas restoran ditutup, penduduk tempatan tidaklah kelaparan. Penjual makanan segera sudah pun beroperasi di bandar, medan selera dibuka dan gerai makanan bergerak juga ada. Makanan menjadi murah, mudah didapati dan cepat disediakan. Akan tetapi, makanan tidak lagi membawa kegembiraan seperti dahulu. Penduduk seolah-olah sudah hilang keseronokan dalam hidup. Tiada lagi orang yang ternanti-nanti hidangan baharu atau merentas pulau semata-mata untuk makan malam. Namun, perkara yang paling membimbangkan masih belum berlaku...

Kemerosotan Kehilangan Min mengubah bandar ini. Kedai-kedai ditutup, rumah-rumah dibiarkan kosong, jalan-jalan ditumbuhi rumput... Pada suatu hari, air di dasar teluk berkocak, dan dedaunan berdesir di suatu tempat dalam rimba. Seolah-olah Kraken dan roh hutan sudah memutuskan untuk bertembung sekali lagi dalam pertempuran yang akan menentukan nasib pulau ini... Tidak lama kemudian, taufan melanda, menumbangkan banyak pokok, menghalang laluan ke hutan dan merosakkan beberapa bangunan, termasuk perpustakaan... Pada saat yang sukar inilah, harapan sekali lagi kembali ke bandar ini...

Masa Kini. Ketika bandar ini sedang pulih daripada taufan, aroma makanan segar dan lazat yang mengasyikkan semerbak di sepanjang jalan. Apabila melangkah keluar, penduduk terkejut mendapati pintu restoran dibuka semula, dengan papan tanda “Buka” terpacak megah di sebelahnya. Rupa-rupanya, seseorang bernama Pao telah mengambil alih pengurusan restoran itu. Dalam masa yang singkat, dia membuktikan bahawa dia mampu menarik pelancong ke bandar ini. Seiring dengan kedatangan pelancong, penduduk yang pernah meninggalkan bandar ini juga mula pulang. Kini, kehidupan kembali rancak di mana-mana: kedai-kedai dibuka, bangunan lama dibaiki, jalan baharu dibina dan tradisi yang pernah dilupakan muncul semula. Nampaknya pulau ini sekali lagi bersedia untuk menyambut tetamu, berkongsi kisahnya dan menyingkap rahsianya kepada sesiapa yang sudi menerokanya.